Tuesday, February 22, 2011

seba salah

serba salah????????????????????
mengapa yea adah?????????
ya Allah mengapakah aku berasa serba salah yang teramat sgt ini.....
ape yang terjadi pada diri ku nie......
sampai bila adah?????????
aku dah cuba ya Allah,tp tiap kali utk aku cuba ilangkan rase serba salah ini,aku gagal,
aku gagal utk lakukannya.
rase serba salah ini semakin menebal...
aku x mampu utk berhadapan dgnnya lagi,
hati ku pedih ya Allah,
aku x sanggup utk menghadapinya,
aku x mampu utk menerimanya,
pernah aku bertanyakan kpd sahabat2ku,
bagaimana utk menjadi org yang x da perasaan?????
seorg sahabatku menjwb:adah semua org ad perasaan,org gila je x da perasaan.
kalolah boleh,aku ingin menjadi org x da perasaan,
Ya Allah aku x mampu,ya Allah,aku x mampu
berilah aku kekuatan,,hidup adalah anugerah dari-Nya,
 berilah aku peluang utk merasai kemanisan ukwah bersama dgn org yang aku sayang,
berilah aku kesempatan,
masa aku bersama kamu hanya terlalu sedikit,
kalo dipanjangkan umur insya-allah bulan 3 tahun dpn aku akn tamat pengajian,
mungkin tiba saat itu kau akan mengerti,
kau akn fhm dik,
bagaimana perasaan orang yang seba salah,
mungkin aku akan melukai kamu,
mungkin sukar bagiku dan bukan mudah utk aku lakukannya
aku juga harus mengerti yang kau milik semua orang,semua org berhak keats kamu.
wassalam...

Friday, February 4, 2011

kuatlah adah!!!!!!

Tinggal beberapa jam lagi aku akn meninggalkan rumah,
dan kembali ke arau utk meneruskan pengajianku,
sungguh perjuangan ku blm terhenti,perjalanan ku masih jauh,
kuatlah adah!!jgn pnh rase lemah.seorg sahabat berbisik padaku,
hang tau adah aku kuat selama nie sbb ad hang,
aku slalu perhatikan hang,hang kuat adah!
aku manusia biasa sahabat,
aku jua punya perasaan,
aku jua punya sekeping hati,
kekuatan yang kau nampak hanya dr luaran sahabat,
sungguh kdg2 aku tiada kekuatan,sungguh kdg2air mataku bagai tiada harga
sungguh aku lemah,bagaikan x mampu utk bertahan,
semangat tenggelam,lemah daya,sahabat
Ya Allah bantulah aku,
pimpinlah diriku untuk bangkit semula.
cekalkan hatiku Ya rabbi,
berilah aku perunjuk dan hidayah-Mu
redhakan akn aku ya Allah,
Ya Allah,sentuhlah hati ku ini,saat aku jauh dariMu
peluklah hatiku saat aku mencintai sesiapa lebih dari Mu,
dan pelihara imanku selalu,kepada mu aku mohon,
perjalanan ku harus ku teruskan keranamu Ya Allah,
perjuangan ku tidak akan terhenti disini,
akan ku hadiahkan segulung kejayaan kepada kedua ibubapa ku,
akan ku hargai dan ingati jasamu wahai ibu dan ayhku.
semoga Allah permudahkan segala urusan ku,
insya-allah..

Nur syahadah

Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah
Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih
Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu?

Nur syahadah
Far east

aku lemah

Duhai insan bergelar HAMBA,
tempuhilah kehidupan dengan redha,
gagahi diri dengan keimanan,
paksakan diri dengan ketaqwaan,
kuatkan diri dengan Al-quran,
yakinlah diri dengan janji Allah.
Duhai mujahid,yang impikan mardhatillah, 
usah gentar,usah kecewa,
bergeraklah di bumi dgn keimanan yang kuat,
dengan ketakwaan yang sebenar,
senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
berbahagialah dengan ujian kerana 
Allah sesungguhnya dekat denganmu... 
amin

Thursday, February 3, 2011

uhibbukifillah


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
 Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

UNIC
Sebuah pertemuan

Tuesday, February 1, 2011

maafkan bila terluka,fahami bila keliru..


Aku selalu ingin sahabatku itu tahu,
yang aku sudah jdkan dia sebahagian dr kecintaanku,
tidak lain adalah kerana Allah.
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti,
yang aku butoh doa darinya,
agar,agar tetap kakiku di jalan ini,
Aku ingin sahabatku selalu fhm,
aku punya bnyk kelemahan yang terkadang melukai dan mambuatkan dia tidak senang dgn kehadiran ku tanpa aku sedar,membuatkan kau terasa hati dgn perilaku,membuatkan kau berpk yang aku seorg teman yang tidak mengendahkan mu sewaktu kau sakit lantaran sanggup membiarkan mu kesakitan?
Ketahuilah shbat,ketika khabar mu,dimasukkan kehospital,hati ini meronta-ronta@x henti berdoa moga Allah selamatkan kamu!hati ini sering berbicara sendirian semoga kamu kuat!sms,call telah cuba ku lakukan utk menghubungi kamu,tp?hampa...tiada respon ku dapat drmu.Mungkin kau masih memarahi ku.
setibanya di hospital,engkau memelukku sambil mengalirkan air mata,
aku masih lg mampu menyeka air mata ku dr jatuh membasahi pipi,
apabila melihat keadaan mu,aku menjadi serba salah,
mungkin kau mampu tersemyum membuatkan aku ketawa,mungkin kau pandai utk menyembunyikan perasaan sedih,aku bangga dgn mu wahai sahabat!kau seorg sahabat yang kuat dan tabah,
Aku sudah tidak sanggup lagi utk melihat kau menangis,
aku tidak mampu lagi utk melihat kau terasa hati dgn setiap perilaku kami,
aku sudah tidak tertahan lagi melihat kau berduka,
hentikanlah sahabat duka mu,
hanya tinggal lagi SETAHUN??????????
SETAHUN???????????bersabarlah sahabat!
masa pantas berlalu akn meninggalkan kami,sahabat!
slps setahun kau,aku,kami akn membawa haluan masing2
kau yang selalu mengingatkan aku,yang kite ad lagi setahun adah,
masa kita bersama x banyak,sy nak bahagia bersama kamu...
sy nak wat bnyk perkara bersama dgn korang semua,,
seringkali ayat itu bermain-main di telinga aku,mungkin aku belum cukup mengerti,sahabat!
mungkin aku blm cukup faham..
Sahabat,dirimu sentiasa dihati,
ampuni tiap khilafku,
mungkin aku tidak mampu membuang parut dihatimu,
tetapi aku sentiasa berharap utk menjadi sahabat yang terbaik dalam hidupmu..