Thursday, December 30, 2010

x tau nak ltk tajuk ape?

aduhai!!!!!!!!!
arau?aduh,lemah semangat dgr nak blk arau.......
tp nak wat mcm na?kat situ masa dpn aku,kat situ bermula segalanya,,,,,
sem nie aku menjadi seperti student biasa balik,kumpul sticker,join ape jerk aktiviti.....
dah x blh jd mederator utk ape2 program,freedom.
pasti aku akn rindukan saat dulu sewaktu menjadi jpk,huhutetapi telah ku pilih jalan ini,untuk diriku sendiri,
mungkin Allah telah aturkan hidupku yang lain sbb itu aku x menyesal keputusan ini,
harap hidup aku akan lbh teratur,sistematik dan sentiasa dibwh lindungan-Nya
sedar x sedar dah dkt 2 tahun aku duk kat arau,sepanjang dkt 2 tahun mcm2 dugaan aku hadapi,
dukalara ragam manusia yang menjadi teladan kpd diriku,
aku harap aku boleh jadi lebih kuat,lebih tabah disamping dapat mendekatkan diri kpdn-Nya,
dan pelihara aku dari maksiat hati,,,,

berAt jgk hati nie nak balik,tp semangat,iman dan hati nak kena kuat,
jgn mudah mengalirkan air mata utk kegagalan tp bangkitlah daripada kegagalan,
bgnlah dari tido,adah!!!!jgn leka adah,dah puas selama nie main2?dah puas selama nie buang masa?
berusalah utk jadi yang terbaik,atasi semua masalah secara matang,
berusalah menjadi ank yang taat kpd kedua ibubapa,dan juga taat kpd maha Pencipta
hanya kpd Allah tempat ku bergantung,,,,mohonlah pada Allah...

moga kehidupan baruku,akan mendatangkan 1001 rahmat kpd ku.
amin.....

Wednesday, December 29, 2010

menangis sbb cinta?

Dah lama xupdate blog nie,
ptg nie terasa nk updatelah tp tajuk ape yerk????nampak x pic kat ats?
Pasal CINTA manusia..blh kwn2 jwb x soalan kat ats?jatuh cinta kerana Allah atau nafsu?
semua org akn ckp aku menyintainya kerana agama?btl ke?
agama ada srh ke kapel2 nie?dalam islam ad ke keluar lelaki perempuan dalam erti kata lain DATING.
Tgh bercinta semuanya sanggup,boleh,manis,sampai ad yang sanggup pgg2 tgn,berpelukan sesama sendiri.
korang ingat lelaki nak ke perempuan yang dah disentuh?
lelaki cume ambik kesempatan je kat korang.NAFSU,
hawa nafsu akn sentiasa mengajak kita kearh kemunggkaran.
seronok ke rasa setelah lelaki dapat pgg tgn korang?rase ape?bangga?
lupa pada agama,mak dgn ayh,dan Allah.
rase seronok?tanpa ad rasa bersalah,hati rase biasa dgn dosa?hati jd pembela kepada dosa?
zaman skrg memang perlu ke couple2 nie?kenapa?kalo x da couple rase ketinggalan ke?rase x best?
rase sunyi?tau x,yang Allah sentiasa ad utk kita?
kita yang leka mengingatinya sbb ape?dah ad couple.btl x?
cerita semua masalah duka lara pada pakwe,tp pada allah?
rela bergayut dgn pakwe berjam-jam berbanding solat yang 10 minit sahaja?
rela tipu ibubapa demi utk kuar dgn makwe dan pakwe?
X MALU KE BERKELAKUAN SEPERTI SUAMI ISTERI DALAM KAMPUS?
mana harga diri?mana maruah?wanita bangkitlah sedarlah!!!!!!!
setiap lafaz dr pakwe korang semua nie hanyalah bisikan dr syaitan,tipu daya syaitan.
Berbaliklah pada Allah,mengadulah pada Allah.
dimana hati kita?setelah kita berkongsi hati pada yang sepatutunya,ad hijab antara kita dan Allah,,
dah pts cinta menangis?rase sedih?x mkn?kurung dalam bilik?wat pe seksa diri?
kenapa x nak menangis disbbkan dosa-dosa2 kita pada Allah?
kenapa mesti mengeluarkan air mata utk seorg lelaki yang blm tentu lagi jd milik kita?

yakinlah pd janji Allah,lelaki yang baik hanya utk wanita yang baik,
Allah dah aturkan semua itu,dan sesungguhnya muslimin yang baik itu akn tiba juga bila masanya?
hanya Allah saja yang mengetahui...
kuatkan iman,dan ingat Allah slalu.
Allah tlh tentukan yang terbaik utk kita.
jaga hati...
bersangka baik pada Allah,

Wednesday, November 17, 2010

wanita

Sebenarnya tanpa kita sedari,kita sudah menyimpang dari landasan hidup ini.Aku tidak menafikan bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan terutama bagi kita yg bergelar WANITA.kadangkala terlintas dihati ini tatkala melihat perilaku kaumku tanpa segan silu mendedahkan ape yg menjadi rahsia,begitu murah melahirkan cinta,sanggup mengorbankan jiwa dan raga sehigga meletakkan wanita dikasta paling bawah sekali.
 "wanita solehah yang menjadi penggerak ummah dibelakang insan yang bergelar lelaki menjadi kata-kata yang x boleh dibanggakan lagi"
*kita yang mencipta keangkuhan kita sendiri...
*kita yang membina tembok keangkuhan itu sendiri...dan
*kita yang meruntuhkan tembok kesolehan itu sendiri..
 Wahai muslimah,
jika kita pk akn kejadian wanita,kita wajar bersyukur akn kejadiaanya.Kita sebenarnya alpa dgn dunia yang kita ciptakan sendiri
*aurat yang menjadi berlian dalam hidup,kita kaburkan cahayanya ........
*maruah yang dianggap mahkota,kita hilangkan kilaunnya....
*Malu yang sebenarnya cabang iman kita,kita lunturkan ke lubok yang dalam..........
Hari yang berlalu
jika kita sedar akan kesalah kita,kita bisa mengubah diri kita kerana tiada siapa yg akn merubah melainkan diri kita sendiri.kuasa tuhan siapa yang aku aku sendiri????????????jika diberi peluang ingin skali aku kembali mewarnakan hidup ku dgn corak plg bersih dan menjadi perempuan berhati murni,diberikan ketenangan abadi.hati ini sering meronta utk mencipta kembali insan seperti siti khadijah.itulah impian ku insya-allah.kita boleh menilai wanita dgn mendalami kata-kata ini
"wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik"
hargailah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada,kerana kita selalunya menghargai selepas kehilangannya.

Thursday, November 11, 2010

ketenangan

ketenangan jiwa menjadikan hidup lebih bahagia.Ya Allah kenapalah hati ini begitu resah apabila memikirkan tentang sesuatu perkara yang dipaksa.Hati ini beronta-ronta seperti burung yang didalam sangkar,hati ini seperti berasa tertekan,hati ini terasa seperti ingin menangis,adakah hati ini telah terlalu jauh dari mu?adakah hati ini telah dicemari?adakah hati ini buta ya Allah untuk menilai,salahkan bila diberi peluang untuk bersuara?salahkah kalo diberi masa untuk memahami?salahkan kalo diberi peluang untuk menjelaskan segala yang tersirat?kelirunya Ya Allah,aku keliru dengan hidup aku sekarang.sampai bila harus aku berlakon?sampai bila harus aku menipu?penat Ya Allah mencari-cari diri sendiri.aku masih lagi tergapai-gapai Ya Allah..aku memerlukan ketenangan hati@rohani,bkn sekadar bergelak ketawa,tetapi ketenengan hati yang mendamaikan jiwa.ketenangan hati supaya aku dapat mendekatkan diriku padamu.fahamilah insan akan diriku.jangan cepat melatah,dan jangan bertindak seperti penghukum,bicaralah menggunakan mata hati,setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri.tiada manusia sempurna.Peganglah hati ini erat-aratnya Ya Allah agar aku tidak merasa untuk meninggalkan mu walaupun sesaat,peliharalah hati ini ya Allah agar tidak dicemari.jagalah diri ini ya Allah agar terus mampu untuk hidup mencari ketenangan yang hakiki hanya pada mu aku berserah.

Wednesday, November 10, 2010

study wek..................

erm......study wek oh study wek...

dah lama rasenya menikmati study wek..tinggal satu subjek lagi nak abis final.....mcm2 berlaku time study wek,kami semua diuji dengan musibah banjir,,kate org bila sesuatu bencana berlaku itu tandanya Allah semakin hampir dengan kita,Allah akn tinggikan darjat kita.insya-allah.bila sesuatu musibah itu berlaku,adakah Allah sedang menguji kita ataupun Allah sedang menegur kita?adakah kita sedar akan semua nie?argh!!hati kembalilah pada tuhan,kumpullah segala kekuatan yang ada...jangan pernah sendirian kerana Allah sentiasa ada disisi kamu..jangan pernah rase sunyi,tenanglah duhai hati,sabarlah duhai jasad ansorullah,moga diri kita seteguh sumayyah.seutuh kecekalan bilal bin rabbah...insyaallah...amin..hatiku ini amat merindui keluargaku..syukran ya sahabat kerana selama ini berada disisi aq..semoga Allah merahmati kalian,sayang kalian lillah..