Tuesday, October 15, 2013

Tuhan itu hebat

Tuhan itu hebat!
Kita minta, DIA bagi!
Kita tak minta pun, DIA masih bagi!
Allahu!

Kala dapat apa yg dipinta, syukur.
Kala tak dapat apa yg diinginkan, sabar, sabar, sabar, redha!

Allah memberi untuk kita memberi,
Dan, Allah tetap terus memberi walaupun kita tak memberi!

Allah :’)

Aku, kagum dengan kurniaan Tuhan!
Kagum dengan setiap pemberianNya,
Betapa hebatnya aturanNya!
Ya, mungkin aku tidak sedar. Tidak sedar yang segala yang aku perolehi hari ini, adalah pemberianNya yang pernah aku minta dahulu.
Ya, aku pinta diberi kekuatan saat aku jatuh,
Aku pinta kebahagiaan saat aku tenggelam dalam kesepian,
Aku pinta kegembiraan saat aku kesedihan,
Aku pinta ketabahan saat datangnya bertalu-talu ujian!

Allah, semua ini aku pinta.  Adakalanya Allah memberi apa yang aku minta. Dan, adakalanya tidak.
Allah, kadang aku hairan kenapa apa yang aku pinta belum lagi Kau tunaikan?
Dan, mengapa dan kenapa?

Akhirnya, aku mendapat jawapan!
Allah itu nyata hebat.
DIA memang bagi apa yang kita pinta,
Dan, kadang DIA tak bagi apa yang kita pinta, namun Allah gantikan apa yang terbaik untuk kita.
Allah, beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.

Keluarga,
sahabat,
nikmat,
ujian,
dan pelbagai lagi Allah bagi tanpa kita sedar.

Inilah sebaik-baik pemberian dariNya untuk kita belajar menghargai. Belajar erti syukur.

Sedangkan kita tidak pinta pun Allah telah beri apatah lagi jika kita pinta dalam doa!
Maka, berdoalah!
- Allah i need u every second in my life,give me strength  ya allah

belajar masak dik

assalamualaikum,wah rasanya dah lame x menulis.karat dah otak.maklum lah x berkesempatan nak update ape2 news bz lah katakan...walhal bukan wat ape pun,sepanjang degree nie rasa mcm berat dan sangat2 mencabar,,kadang2 terlintas di fikiran ya Allah cepatlah nak abis belajar rasa mcm x sabar nak abis belajar,tp bila dipk kan balik,satu saat nanti masti merindui saat2 belajar,tambahan pulak dekan 4 tahun mengaji kat perlis utara nie,,kalo x dapat orang perlis x tau nak cakap ape kan?hahah.lawak ja.sem nie asal masuk kelas lecture mesti sentuh hal2 perkahwinan,,nak nak lagi sir anuar bahari dalam kelas dia mesti ad sebut bab2 kawin nie alahai lemah betoi adah kalo bab2 kawin nie..x dak jawapan nak jwp.


tp x dinafikan yang sem nie ramai betoi senior2,kawan2 yang dah mendirikan rumah tangga,,tahniahlah untuk depa moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan moga Allah percepatkan urusan kalian.benda baik kan?x pe..yang penting yakin dgn pilihan Allah insya-allah..


balik rumah nie as usual ayah akan cakap dik kamu pergilah belajar masak orang perempuan nie memang kena pandai masak,memang wajib kalo x penting ayah x suruh kamu belajar masak,p lah tgk2 mak masak kat dapur tolong mak.tgk mcm kak long dia tau masak kan senang,,hahah, jawap adah,erm x pelah ayah kak long umo dia pun dah 27 tahun mestilah pandai masak nanti dia nak kawin senang,adik lambat lagi ayah.jgn riso yea?ayah geleng kepala dgn jawapan aku...


time p kat dapur,mak adik nak tolong ape2 x?alahai anakku mcm mana mak nak harapkan kamu,mak sruh kamu tutup api sambal kacang nie kamu p berangan wat benda lain,tgk dah kering dah hangit,,bukan ape mak,,terlupa time 2 duk pikiq benda lain sorilah mak yea,lain kali x buat lagi,,hahahah,banyak kali dah terjadi tp sambal kacang nie untuk raya aidiladha punya,,tp kali nie mak betoi3 tegas.dik mak nak kamu belajar masak walaupun sikit,jgn duk nak layan kamu punyr fikiran,cube kamu pk nanti kalo kamu dah kawin nak bg suami kamu makan ape?x kan selamanya nak makan kedai?anak2 kamu nanti mcm mana?kamu nak jaga mak dgn ayah nanti mcm mana?wah,,,stress adah,,tertunduk dan berfikir...


betoi jugak 2,mak nie nak srh adik kawin awai ke?sat larg mak x abis lagi nak manja dgn mak dgn ayah..nanti kalo dah kawin kena ikut suami dah x blh ikut cakap mak dgn ayah,tgk 2 kalo mak cakap,,mak kate A,kamu kate A-..kamu pikilah dik umo dah 22 belajar jadi matang =).satu saat nanti mak dgn ayah pasti akan lepaskan kamu itu dah lumrah,mak dgn ayah kena terima,tp ape pun mak dgn ayah harap sangat timee lepaskan kamu dgn penuh rasa syukur,dengan penuh rasa bangga bahawa kami dah sempurnakan tanggungjwb kami dgn yang terbaik.


sebak dada dengar,ya Allah kau peliharalah kedua-dua orang ibubapa ku yaAllah,sesungguhnya mereka adlah anugerah mu yang x terhingga,mereka telah banyak berkorban dan susah payah untuk kami dua beradik,kami berasa bersyukur dgn anugerah mu yang x terhingga ya allah,lindungilah kedua-dua oran ibu bapa ku,,kadang2 manusia ini hebat bukan kerana dia hebat tetapi adalah disebbkan doa daripada kedua-dua orang ibubapa
yang nie gambar time kak long konvo master kat shah alam,time nie adah dah abis dip tgh tggu offer wat degree lama jugak kan???kurusnya aku,,hahahhah

Sunday, July 7, 2013

Rindu cinta ramadhan

Sampaikan salamku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya,walaupun sekarang nie tgh final,,,,ad lagi 2 paper esok dan lusa.menghitung hari?menghitung hari untuk bercinta dengan ramadhan dan menghabiskan saki baki sem 3 nie...ya Allah,terlalu sukar untuk diungkapkan perasaan ini ya Allah..rahmatilah kami di bulan ramadhan ini ya Allah..terimalah amalan kami ya Allah,permudahkanlah urusan kami..tibe2 teringat perasan kak mun,,'adah kak mun time bulan puasa nielah kak mun doa kpd Allah mintak kpd DIA tentang segala urusan jodoh akak"tup....tup...tgk skrg nie akak dah berkahwin,,walaupun kak mun setuhin je tua dari adah,,tp dia sangat matang,,,eh????adah ape hang merepek nie..hahahahahhahahah



     Oh Ramadhan,
kedatanganmu semakin hampir,
rinduku padamu semakin menggila,
kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,
kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.

Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,
supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,
Al quran, akan sentiasa ku bawa,
mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama

Bebarapa hari lagi tersisa
bekalan akan ku persiapkan secukupnya
kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta
cinta pada yang Maha Esa.